Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rezeki Fasha Sandha melimpah ruah

    Tidak putus-putus menerima tawaran kerja, aktres Fasha Sandha, 40, menganggap rezeki yang diperolehnya adalah tuah daripada keluarganya.

    Dikenali sebagai antara pelakon berdisiplin, bintang filem Cicak-Man ini juga percaya sikap itu rahsia kejayaannya untuk terus bertahan dalam karier seni.

    “Alhamdulillah, ini semua rezeki anak-anak dan suami. Saya tak sangka masih bertahan sehingga hari ini dan masih menerima tawaran lakonan… rasanya kerana disiplin juga saya berada pada tahap ini, dan saya juga akan mendidik adik saya, Elisya Sandha (aktres) untuk membuat perkara sama (mengamalkan disiplin),” katanya selepas melancarkan pembukaan cawangan baharu ALFARO Exclusive di Bangi baru-baru ini.

    Walaupun sibuk dengan kerjayanya itu, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya matanya.

    “Paling penting, suami isteri kena tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas. Pastikan makan pakai semua tersedia. Sesibuk mana pun kita, jangan pernah melupakan apa isteri (patut) lakukan. Bukanlah nak kata saya sempurna atau wanita solehah, tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu yang baik,” katanya.

    Berkongsi kerjasamanya dengan ALFARO, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini bersyukur diberikan kepercayaan menjadi duta kepada jenama berkenaan selama dua tahun.

    “Alhamdulillah, saya teruja menjadi sebahagian daripada keluarga ALFARO.

    “Setiap rekaan baju ALFARO sangat cantik dan eksklusif manakala harga pula berpatutan,” katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri 50 episod berjudul Malang Si Puteri bermula 11 Mac ini. – Bernama

    Fasha Sandha bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran pembukaan ALFARO Exclusive, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda