Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rezeki hijrah Nana

    Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan, 38, apabila tidak menyangka penghijrahannya membuka lebih banyak ruang rezeki apabila menerima tawaran pelbagai projek kerja, manakala perniagaan yang diusahakan menjana pendapatan di luar jangkaan.

    Nana yang juga bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim pertama meluahkan rasa bersyukur perubahan imejnya tidak mengehadkan tawaran kerjaya dalam industri kreatif.

    “Alhamdulillah, segala-galanya kuasa Tuhan. Jujurnya, saya terkejut menerima pelbagai tawaran baru sejak berhijrah pada 15 Ogos lalu. “Awalnya, saya memang ada rasa takut sekiranya tawaran berkurangan, tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana percaya rezeki di tangan Allah.

    “Bagi saya, Allah boleh tarik rezeki pada bila-bila masa. Namun, selagi taat kepada segala perintah-Nya pasti semua urusan akan dipermudahkan,” katanya kepada media. Ibu kepada Althea dan Aaqib itu berkata, dia berharap sesiapa yang ingin berubah ke arah kebaikan, jangan takut kerana rezeki di tangan Allah, bukannya manusia.

    “Jangan takut nak berubah kerana setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran. “Cuma, kita perlu sentiasa jujur dan mempunyai niat betul. Jangan berubah sebab orang lain, kerana kita sendiri yang nak dipandang baik di sisi Allah, insya-Allah,” katanya.

    Terdahulu, Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram (IG).

    Penghijrahan Nana kemudiannya mendapat pujian ramai ketika mempromosikan Sambal Sardin Selauk Nana dengan ditemani suaminya, Mohammad Raqeem Brian. – Agensi

    Nana Mahazan tidak menyangka penghijrahannya membuka lebih ruang rezeki apabila menerima pelbagai tawaran kerja, manakala perniagaan diusahakan menjana pendapatan di luar jangkaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda