Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rezeki penangkap ikan pada musim tengkujuh

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Musim tengkujuh merupakan musim yang dinantikan oleh penggemar ikan sungai ekoran lambakan hasil aktiviti memukat dan memancing yang memberangsangkan pada musim ini.

    Bagi penduduk Kampung Pelambaian, hasil perolehan ikan daripada aktiviti tersebut di sungai kampung berkenaan merupakan salah satu sumber pendapatan bagi segelintir penduduk kampung.

    Ikan sungai ini biasa menjadi sasaran apabila tibanya musim percutian awam antaranya ketika cuti sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang jatuh kelmarin.

    Menurut salah seorang penduduk di kampung berkenaan, Haji Noor Ajrin bin Haji Merali, selain memukat sendiri, beliau juga gemar melakukan aktiviti memancing.

    “Pelbagai jenis ikan boleh diperolehi semasa memancing antaranya ialah ikan kitang, ikan bilis dan paling mendapat sambutan adalah udang harimau dengan ukurannya yang besar namun ianya sukar diperolehi.

    Antara ikan yang diperoleh semasa penangkapan ikan di musim tengkujuh, musim yang dinanti-nantikan oleh penggemar ikan sungai ekoran lambakan hasil aktiviti memukat dan memancing yang memberangsangkan ketika ini. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Beberapa orang penduduk ketika melakukan aktiviti memancing semasa musim tengkujuh ini.
    Antara hasil sungai diperolehi daripada memancing pada musim tengkujuh ini.

    “Setiap hasil yang diperolehi adalah untuk dimakan sendiri, dan jika berlebihan akan disedekahkan kepada saudara mara,” tambahnya.

    Seorang lagi penduduk yang ditemu bual, Awang Muhammad bin Adiris berkata dia amat gemar ikan sungai yang diperolehi pada musim ini kerana rasanya yang lemak, di mana jelasnya ikan air tawar ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

    “Sesetengah orang tidak menggemari ikan jenis ini, namun ia menjadi kegemaran saya dan keluarga. Saya tidak melepaskan peluang setiap kali tiba musim tengkujuh.

    “Ikan sungai ini sememangnya enak untuk dibuat apa sahaja juadah kerana rasanya yang lemak, walaupun hanya digoreng begitu sahaja.

    “Ia amat menyelerakan apabila dimakan dengan nasi panas,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda