Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    RHB adakan rumah terbuka Aidilfitri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Bank RHB di Brunei telah mengadakan rumah terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tingkat 7, Al-Barakah Grand Hall, Hotel Parkview, Jerudong hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank RHB Operasi Brunei, Haji Ishak Othman, turut mengalu-alukan kedatangan para jemputan khas serta pelanggan RHB Banking Group pada majlis tersebut.

    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri, Datin Roslina Ismail.

    Majlis tahunan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan RHB Banking Group dengan para pelanggan mereka yang setia dan bagi menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan yang telah memberikan sokongan terhadap perkhidmatan RHB Banking Group.

    Selain itu, pelbagai juadah telah disajikan untuk para jemputan dan pelanggan yang hadir di rumah terbuka RHB Banking Group.

    Warga Bank RHB bergambar ramai bersama para tetamu khas yang hadir pada majlis rumah terbuka tersebut.
    Suasana semasa majlis tersebut diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda