Wednesday, November 6, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ria Ricis sedih dengan sekolah setelah dedah anak masalah speech delay

    SELEPAS isu penceraian, pelakon Ria Ricis sekali lagi diuji apabila anaknya iaitu Moana dilaporkan mengalami masalah lambat bertutur (speech delay).

    Menerusi temu bual di FYP Trans7, pengacara Irfan Hakim bertanyakan keadaan Moana selepas penceraian pasangan selebriti itu namun Ria akhirnya memberitahu anaknya masih belum fasih untuk bertutur.

    “Moana masih belum banyak bercakap. Dia sebenarnya agak speech delay,” katanya.

    Dalam pada itu, Ria turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan Moana yang sering dibandingkan pelajar-pelajar lain di sekolah.

    “Cuma apa yang membuatkan saya sedih, apabila hantar anak ke sekolah ramai yang membandingkan Moana dengan anak-anak lain.

    “Ada yang bertanya anak saya umur berapa dan kenapa tidak bercakap lagi,” ujarnya.

    Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan pelakon Teuku Ryan pada November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana, 2 tahun.

    Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 3 Mei lalu. – Agensi

    Ria dedah anaknya, Moana mengalami masalah lambat bertutur. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda