Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Teuku Ryan dan Ria Ricis mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Menerusi Instagram, Ria Ricis berkongsi foto dia memegang alat ujian kehamilan di sisi suami tersayang.
“Alhamdulillah, Allah titipkan anak damit di badan saya. Tak perlu sorok-sorok lagi. Akhirnya si baby sudah diketahui semua.
“Mohon doakan ya teman-teman semua, semoga diberikan kesihatan untuk kami.
“Terima kasih suami Teuku Ryan,” tulis Ricis pada ruangan kapsyen berkenaan.
Perkongsian adik kepada pendakwah Oki Setiana Dewi ini mengundang rasa teruja peminat dan komen dibanjiri ucapan tahniah.
Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 12 November tahun lalu. – Agensi