Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam ke-30 meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke- 30, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Institusi Perkhidmatan Awam telah menganjurkan acara Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam, hari ini.

              Acara yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara itu diisi dengan aktiviti berbasikal sejauh 5.7 kilometer (km), dan aktiviti walkaton sejauh 2.5km bagi peserta lelaki dan bagi peserta perempuan sejauh 1.6km. Sebelum acara pelepasan peserta telah mengikuti sesi pemanasan badan terlebih dahulu.

    Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet semasa menyertai Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan acara berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi bersama jawatankuasa tertinggi sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-30.

    Ikuti berita lanjut di akhbar Media Permata esok.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...