Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Riadah Lakau Puoh Gala warnai Pantai Pengkalan Pinang

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 27 JAN – Persatuan Pemuda-Pemudi Kampung Penanjong Tutong (PERDA), telah mengadakan Program Lakau Puoh Gala iaitu aktiviti riadah berjalan kaki di kawasan Pantai Peranginan Pengkalan Pinang, Kampung Penanjong, Tutong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada program berkenaan ialah Ketua Cawangan Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Tutong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Amhra Farahiyah binti Haji Mohd Hamdilah yang sekali gus mendahului pelepasan para peserta.

    Program dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Penanjong, Tutong, Awang Dilla Aiyad Kasyidi bin Ahmadi.

    Sebelum bermulanya riadah berjalan kaki dimulakan, sesi senaman pemanasan badan telah dilakukan beramai-ramai.

    Riadah sejauh lebih kurang 3.7 kilometer itu bermula dari kawasan Pantai Peranginan Pengkalan Pinang, dan berakhir di tempat yang sama.

    Para peserta riadah terdiri daripada ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi PERDA, AJK Program Lakau Puoh Gala, dan para penduduk Kampung Penanjong dan juga orang ramai bagi semua peringkat usia.

    Program berkenaan dianjurkan sebagai salah satu aktiviti Kempen Hari Bertindak bersempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2025 di samping menyokong Program KKBS yang menjurus kepada beriadah untuk Kesihatan.

    Program diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta yang mengutip derma terbanyak dan pakaian tercantik atau pakaian beragam.

    Semasa program dijalankan, kutipan derma untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim Kampung Penanjong dan PERDA telah diadakan melalui kad kutipan.

    Para peserta bergambar ramai semasa Program Lakau Puoh Gala anjuran PERDA yang berlangsung di kawasan Pantai Peranginan Pengkalan Pinang, Kampung Penanjong, Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PERDA
    Dayang Amhra Farahiyah semasa mendahului pelepasan aktiviti riadah pada program tersebut bersama AJK Tertinggi PERDA dan AJK Program Lakau Puoh Gala. – GAMBAR SERAHAN PERDA

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Riadah Mahabbah KUPU SB semarak ukhuwah

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV - Kolej...

    Perlawanan bola sepak kukuh persahabatan

    Satu perlawanan bola sepak telah diadakan antara pasukan XSMB...

    22 peminat basikal menyertai Kayuhan Keputeraan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Seramai...

    Pertandingan badminton erat silaturahim 2 keluarga

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS -...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...