Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Riadah pembuka tirai tahun baharu

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 11 JAN – Dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dan menggapai azam tahun baharu yang lebih baik, beberapa orang ahli Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong telah mengadakan riadah sukan badminton di Kompleks Sukan Tutong, baru-baru ini.

    Turut hadir menyertai riadah berkenaan ialah Pengerusi Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga Ketua Kampung Sengkarai Tutong.

    Beliau antara lain merakamkan kesyukuran dengan adanya rezeki masa dan kesihatan kurniaan Ilahi berpeluang memanfaatkan pembuka tirai tahun baharu dengan pelbagai kegiatan positif.

    Jelasnya, sebelum ini kumpulan mereka juga telah mengikuti beberapa aktiviti riadah lain antaranya berkuda, memanah, dan mendaki bukit terutamanya bagi mengisi hujung minggu atau masa lapang bersama.

    “Satu tujuan yang ingin dicapai menerusi kegiatan-kegiatan sebegini adalah menyemai gaya hidup sihat di samping menjalinkan lagi hubungan silaturahim antara ahli dengan bertukar-tukar pendapat dari semasa ke semasa,” ujarnya.

    Beliau turut menaruh harapan agar semangat proaktif sedemikian dapat membuka mana-mana pihak tidak kiralah golongan belia bahkan juga seluruh lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat usia untuk menjaga kesihatan masing-masing dan salah satunya dengan melakukan apa sahaja aktiviti bersukan yang diminati.

    Ahli Kumpulan IMPAK Penggerak Belia semasa melakukan riadah sukan badminton di Kompleks Sukan Tutong, baru-baru ini. – Gambar serahan Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...