Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Bagi memupuk gaya hidup yang sihat serta memelihara kesejahteraan mental dan fizikal para guru agama, Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Bahagian IRK telah mengadakan acara riadah di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, pagi tadi. Acara tersebut telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan 450 orang

