Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Bagi memupuk amalan gaya hidup sihat, Sekolah Rendah (SR) Tungku melalui Unit CCA SR Tungku, telah menganjurkan Riadah Santai Aktiviti Berjalan Kaki di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.
Antara objektif aktiviti yang dilaksanakan pada setiap penggal persekolahan itu, dihasrat dapat memelihara kesihatan mental dengan aktiviti riadah seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sekerja.
