Wednesday, May 14, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riang ria berhari raya bersama anak

    KUNJUNG-mengunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai merupakan amalan tradisi yang cukup sinonim dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Setentunya ramai pasangan suami isteri yang baru menimang anak menyatakan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka pada tahun ini akan terasa lebih meriah dengan kehadiran ‘orang baru’ itu.

    Dalam keseronokan itu, pengalaman yang bakal dirasai sewaktu kunjung-berkunjung itu setentunya juga menjadi satu tugasan yang cukup mencabar bagi pasangan yang baru bergelar ibu bapa ini walaupun segala persiapan telah awal dilakukan.

    Justeru, sebagai ibu bapa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyambut Aidilfitri dengan perasaan riang ria dengan kehadiran anak-anak seperti berikut.

    Disiplin

    Hari Raya merupakan waktu yang paling menggembirakan bagi kanak-kanak. Apa tidaknya mereka dapat berkumpul dengan sanak saudara dan bertemu dengan ramai orang baru seperti ibu dan bapa saudara mereka serta sepupu yang sebaya dengan mereka.

    Dengan itu, ada kalanya pelbagai aktiviti yang mereka akan lakukan ketika berkunjung seperti bermain di kawasan rumah, bermain bunga api dan juga menerima duit raya yang setentunya menceriakan lagi suasana Hari Raya mereka.

    Bagaimanapun seperkara yang harus diingatkan di kalangan ibu bapa adalah disiplin anak-anak sewaktu berkunjung di mana ibu bapa harus menasihatkan mereka dengan lebih awal sebelum berkunjung dan mereka juga wajar untuk terus memata-matai tindak-tindak mereka kerana segala itu menjadi cerminan kepada didikan para ibu bapa.

    Para ibu bapa harus bijak dalam membuat persediaan awal sebelum pergi berkunjung berhari raya.
    Para ibu bapa harus bijak dalam membuat persediaan awal sebelum pergi berkunjung berhari raya.

    Pakaian

    Pilihlah pakaian yang menyerap peluh dan tidak terlalu tebal, terutamanya untuk anak damit. Ini untuk pastikan yang anak-anak anda sentiasa dalam keadaan selesa dan ia juga sekaligus dapat mengelakkan daripada mereka untuk cepat meragam sehingga menjejaskan mood anda untuk terus beraya.

    Walaupun para ibu bapa cukup teruja untuk menggayakan anak-anak di Hari Raya namun mereka tetap juga terus mengamalkan sikap bersederhana bukan sahaja dari sudut kewangan bahkan juga keselamatan seperti mengelakkan mereka dari memakai barang kemas yang keterlaluan sehingga berhadapan dengan risiko kehilangan berikutan daripada kelincahan mereka dalam melakukan pelbagai aktiviti di sepanjang Hari Raya.

    Di samping itu, gaya pakaian yang terlalu sarat juga ada kalanya membataskan pergerakan mereka sekaligus juga turut mengancam keselamatan mereka sekiranya terpijak bahagian kain yang panjang sehingga membuatkan mereka terjatuh dan tergolek sekaligus menyebabkan kecederaan yang wajar dielakkan.

    Keperluan si kecil

    Umumnya, para individu tidak mengetahui berapa lama waktu yang diluangkan dalam aktiviti kunjung-mengunjung itu yang adakalanya sehingga menjangkau pada waktu malam.

    Justeru adalah penting bagi anda untuk menyediakan kepeluan asas anak damit untuk dibawa bersama ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung seperti lampin pakai buang barangan mandian, susu dan air panas, botol susu tambahan, pakaian, bekalan makanan jika anak damit anda sudah boleh makan tetapi belum boleh makan makanan orang dewasa, tilam dan bantal kecil serta barang mainan agar dia tidak bosan dalam perjalanan dan ketika di rumah orang.

    Jaga masa

    Pada dasarnya, Kanak-kanak memang cepat bosan. jadi elakkan dari berada terlalu lama di satu-satu rumah.

    Jaga masa anda kerana kalau mereka ini merengek setentunya akan menjadi satu hal yang difikirkan sekaligus menghilangkan mood anda untuk terus beraya.

    Keselesaan dan kepentingan anak damait wajar diutamakan di sepanjang aktiviti riang ria dalam menyambut Hari Raya itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/