Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Riang ria Syawal bagi warga Sekolah Fairview

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Sekolah Fairview telah meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah, baru-baru ini, bertempat di kawasan legar sekolah.

    Sambutan yang diadakan bertujuan untuk menghayati dan menyemarakkan Hari Raya sebagai hari kemenangan umat Islam yang telah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadan yang lalu.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengekalkan amalan berhari raya yang telah diwarisi sejak dahulu lagi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan Sekolah Fairview, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor.

    Turut hadir ialah Ketua Pentadbiran Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Mohd Husain.

    Acara telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai, dikuti dengan takbir raya dan bacaan doa yang dipimpin oleh Awang Yussran bin Haji Mohd Yussof.

    Acara diteruskan dengan pelbagai persembahan nyanyian, tarian dan pantun oleh murid-murid dengan tajuk Suasana Hari Raya (Kindergarten 1 hingga 3), Adab Berhari Raya (Tahun 1), Nazam Lebaran (Tahun 2 dan 3), Seloka Hari Raya (Tahun 4), Raya Raya Raya (Tahun 5) dan Bersyukur Seadanya (Tahun 6).

    Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad dan Datin Paduka Hajah Fatimah bergambar ramai bersama warga Sekolah Fairview. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH FAIRVIEW

    Para guru juga memberikan kejutan dengan menyertai persembahan kelas masing-masing.
    Acara juga diserikan dengan soalan kuiz dan penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz, Kelas Dekorasi Tercantik dan Pakaian Tercantik bagi murid-murid dan guru-guru.

    Aktiviti di dalam kelas juga diadakan sepanjang minggu sambutan Hari Raya diadakan seperti mewarna, membuat sampul surat raya, kad ucapan Hari Raya dan lemang DIY. Semua aktiviti yang dijalankan berinspirasikan Riang Ria Berhari Raya.

    Acara diteruskan dengan kunjungan ziarah-menziarahi daripada tetamu kehormat ke kelas-kelas.

    Di kesempatan itu juga, murid-murid dapat bertemu dan beramah-mesra dengan tetamu kehormat dan rakan-rakan yang lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...