Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan anti-Netanyahu tunjuk perasaan

    BAITULMAQDIS, 9 OGOS – Ribuan penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan berhampiran kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis semalam, dalam tunjuk perasaan baharu ketika berminggu-minggu protes terhadap pemimpin Israel itu tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurangan.

    Sepanjang musim panas, ribuan penduduk Israel berada di jalan-jalan untuk menuntut Netanyahu meletak jawatan, memprotes pengendaliannya terhadap krisis COVID-19 di negara itu dan mengatakan beliau tidak seharusnya tetap memegang jawatan itu ketika diadili atas tuduhan rasuah.

    Pekerja yang bekerja sendiri, para peniaga yang terjejas oleh krisis ekonomi juga menyertai perarakan tersebut semalam.

    Meskipun Netanyahu telah berusaha hendak meredakan bantahan, perhimpunan itu nampaknya semakin menjadi.

    Di Baitulmaqdis semalam, para penunjuk perasaan memegang bendera Israel, meniup hon dan melaungkan slogan menentang Netanyahu.

    Ribuan tunjuk perasaan menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di hadapan kediaman rasminya di Baitulmaqdis, semalam. – AP

    Beberapa lagi memegang poster yang bertulis ‘Menteri Jenayah’ atau memanggilnya ‘orang kebal’.

    Sepanduk besar yang diletakkan di bangunan berhampiran mengatakan “Balfour ada di tangan kita,” merujuk kepada jalan di mana Netanyahu tinggal.

    Para penunjuk perasaan menuduh Netanyahu melakukan rasuah dan mengatakan bahawa dia dan kerajaan negara itu gagal menyedari penderitaan rakyatnya.

    Media Israel menganggarkan sekitar 15,000 orang menyertai demonstrasi tersebut.

    Dianggarkan 1,000 juga melakukan tunjuk perasaan di persimpangan berhampiran rumah pantai Netanyahu di bandar pesisir kelas atas Caesaria, dan perhimpunan yang lebih kecil diadakan di jambatan dan di persimpangan seluruh negara.

    Terdapat kehadiran polis dalam demonstrasi itu tetapi tidak ada laporan mengenai keganasan dalam tunjuk perasaan tersebut. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda