BRASILIA, 31 Okt – Ribuan rakyat membanjiri jalan raya di Sao Paolo dan bandar lain, kerana membantah kemenangan Presiden Brazil yang baharu dipilih, Jair Bolsonaro pada pilihan raya Ahad lepas.
Bantahan itu dianjurkan sebuah persekutuan pertubuhan sosial dikenali Frente Brasil Popular, termasuk kesatuan buruh dan persatuan pelajar. Penunjuk perasaan berarak ke bandar Paulista Avenue sambil melaungkan “Bukan Dia”.
“Kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk negara tetapi masih tidak dapat melihat mandatnya yang mempunyai kebaikan,” kata penunjuk perasaan Daniele Mantei. – Bernama-NNN-Telesur