Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan bantah layanan Uighur di Indonesia

    JAKARTA, 29 DIS – Ribuan penduduk Islam Indonesia mengadakan bantahan semalam menentang layanan China terhadap Muslim Uighur di Xinjiang di hadapan kedutaan China di ibu kota Jakarta.

    Perhimpunan itu dianjurkan kumpulan tegar Islam Barisan Pertahanan Islam (FPI) namun dihadiri masyarakat Islam lain dengan kawalan keselamatan ketat.

    Bantahan bermula tengah hari selepas solat Jumaat dan diteruskan sehingga petang walaupun hujan lebat, menurut jurugambar AFP.

    Penunjuk perasaan membawa poster menunjukkan sokongan terhadap Uighur dengan sepanduk bertulis: ‘China seharusnya mengelak diskriminasi’, ‘Kerajaan China umpama Zionis’, dan ‘Selamatkan Muslim Uighur.’

    Penunjuk perasaan juga berkumpul di hadapan konsulat China di bandar kedua terbesar Indonesia di Surabaya, menurut media tempatan.

    China berdepan kecaman antarabangsa kerana menangkap anggaran sejuta Muslim Uighur dan etnik minoriti Islam lain dalam kem tahanan di rantau barat laut Xinjiang. – AFP

    Anggota kumpulan tegar Islam di Indonesia mengambil bahagian dalam rapat antiChina di depan kedutaan China di Surabaya, Java Timur, pada 27 Disember, untuk mengecam kerajaan China kerana menahan satu juta penduduk Uighur dalam kem di Xinjiang. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda