Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ribuan bantah sistem kehakiman Israel

    BAITULMAQDIS, 13 FEB – Beribu-ribu warga Israel membantah di luar parlimen hari ini menentang pelan pembaharuan kehakiman kerajaan yang bersifat kontroversi, bertujuan memberikan penggubal undang-undang lebih banyak kawalan ke atas mahkamah agung.

    Langkah tersebut, yang hampir diluluskan menerusi beberapa siri undi awal dalam dewan, telah mencetuskan pelbagai kritikan dan dakwaan mengatakan ia akan memberikan badan perundangan kuasa yang tidak terkawal.

    Di luar parlimen Israel, Knesset, ribuan orang mengadakan rapat, sambil mengibarkan bendera Israel dan sepanduk yang berbunyi ‘Selamatkan demokrasi Israel’ dan ‘Seluruh dunia sedang memerhati’.

    Presiden Isaac Herzog, dalam ucapan negara lewat semalam yang menumpu pada pelan pembaharuan, mengingatkan bahawa Israel ‘semakin hampir mengalami kejatuhan sosial dan perundangan.’

    Herzog menggesa kerajaan sayap kanan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu supaya menggantung proses perundangan dan mengadakan rundingan dengan pembangkang dengan harapan mencapai satu kata sepakat.

    “Saya merayu kepada awda dengan permintaan jangan memperkenalkan rang undang-undang untuk pembentangan pertamanya,” kata Herzog.

    Namun jawatankuasa yang ditugaskan mengkaji semula cadangan Menteri Yariv Levin sedang meluluskan sebahagian daripada perundangan hari ini dan bacaan pertama rang mungkin diadakan pada lewat hari ini. – AFP

    Pembantah Israel mengibarkan bendera dan sepanduk ketika mereka mengadakan rapat di luar parlimen Knesset di Baitulmaqdis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...