Ribuan berarak bagi Hari Wanita Antarabangsa

BANGKOK, 8 MAC – Ribuan mengadakan perarakan di seluruh Asia sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini walaupun wabak koronavirus memaksa pembatalan pelbagai acara di rantau itu.

Di China – lokasi pertama tercetusnya epidemik yang membunuh lebih 3,500 orang dan menjangkiti lebih 100,000 di seluruh dunia – penyiaran kerajaan CCTV menunjukkan tugas pekerja perubatan wanita di barisan hadapan dalam memerangi virus tersebut. Meskipun kebimbangan memuncak berhubung epidemik itu, perarakan diteruskan di Thailand, Indonesia dan Filipina sementara wanita berarak di Pakistan bagi menuntut ‘kebebasan’.

Maraton wanita dirancang di India telah ditangguhkan aki-bat virus itu dengan Perdana Menteri Narendra Modi berkata wanita utama akan menguruskan akaun media sosialnya pada hari tersebut.

Korea Selatan yang melaporkan lebih 7,000 jangkitan virus telah membatalkan beberapa acara dengan menteri kesamaan gender negara itu, Lee Jung-Ok berkata dalam mesej video bahawa pemikiran mereka untuk merealisasikan kesamaan gender lebih kuat daripada sebelumnya walaupun mereka tidak dapat bersama secara fizikal.

Banyak kumpulan feminis mengadakan kempen atas talian daripada sebaliknya perarakan di jalanan, menggunakan hashtags seperti #FemaleStrike, #PowerUp dan #38InternationalWomensDay untuk meningkat kesedaran ketidaksamaan gender. – AFP

Anggota kumpulan hak asasi buruh Thailand dan kesatuan usahawan negara berhimpun untuk berarak bagi hak asasi buruh sempena Hari Wanita Antarabangsa di Bangkok pada 8 Mac. – AFP