Wednesday, January 15, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan berarak dalam mogok baharu di India

    KOLKATA, 16 OGOS – Ribuan penduduk India berarak melalui jalan-jalan di Kolkata hari ini bagi menuntut keadilan berikutan kes rogol dan pembunuhan seorang doktor, menyalukan kemarahan seluruh negara terhadap isu keganasan terhadap wanita.

    Di samping kemarahan rakyat India biasa, doktor-doktor juga mempertingkat demonstrasi dan mogok mereka sendiri pada hari ini, dengan protes turut diadakan di ibu negara New Delhi dan bandar-bandar lain berhubung pembunuhan kejam itu.

    Penemuan mayat wanita berusia 31 tahun yang berlumuran darah pada 9 Ogos di sebuah hospital kerajaan di timur bandar Kolkata mencetuskan bantahan di seluruh negara.

    “Kami mahukan keadilan,” laung doktor-doktor semasa protes di Kolkata, menayangkan sepanduk tulisan tangan yang berbunyi, ‘Tiada keselamatan, tiada perkhidmatan!’
    Penunjuk perasaan, Sumita Datta, 59, berkata dia berasa jijik kerana serangan yang kurang ajar dan ganas itu boleh berlaku ‘di sebuah hospital terkenal di tengah-tengah bandar.’

    “Begitu ramai orang berada di sini untuk mengambil bahagian dalam protes,” tambah Datta. “Rasanya seperti harapan sedang dinyalakan semula.”

    Mereka yang berada di hospital-hospital kerajaan di beberapa negeri pada Isnin menghentikan perkhidmatan elektif ‘bagi tempoh masa tidak pasti’ sebagai protes.

    Pelbagai kesatuan perubatan dalam sistem kerajaan dan swasta telah menyokong mogok itu. – AFP

    Kumpulan pelajar perubatan dan pekerja profesional melaungkan slogan ketika mereka membantah kes rogol dan pembunuhan seorang doktor di negeri Bengal Barat, India, di New Delhi, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda