Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan berarak selepas pembunuhan warga India

    WASHINGTON, 27 Feb – Beratus-ratus orang berarak dan berdoa semalam di bandar barat tengah AS yang mana di situ seorang ekspatriat warga India dibunuh dan seorang lagi cedera dalam jenayah yang disyaki berpunca daripada kebencian yang telah mencetuskan gesaan bagi tindakan.

    Warga-warga India di India dan di AS telah melahirkan rasa terkejut di atas penembakan Rabu lalu di masyarakat Kansas, Olathe yang menyaksikan seorang lelaki kulit putih yang mabuk menjeritkan penghinaan perkauman dan dikatakan melepaskan tembakan ke atas dua jurutera muda warga India, dengan membunuh seorang dari mereka.

    Alok Madasani, jurutera India berusia 32 tahun yang terselamat, memberitahu acara berdoa sepanjang malam itu semalam, bahawa dia merasa kehilangan teramat sangat selepas kematian rakan karibnya yang telah dikenali selama sembilan tahun.

    “Sukar percaya bahawa dia telah tidak bersama saya lagi, tidak bersama kita lagi,” kata Madasani.

    Beberapa orang warga Kansas turut serta dalam perarakan tersebut. – AFP
    Beberapa orang warga Kansas turut serta dalam perarakan tersebut. – AFP

    “Apa yang berlaku pada malam itu ialah sesuatu yang kita semua tidak ingin ia berlaku, tetapi ia telah berlaku.”

    Ramai warga negara berkenaan dan mereka yang berkabung berarak melalui pinggir bandar Kansas dalam mengenang lelaki yang dibunuh itu, Srinivas Kuchibhotia 32 tahun dan bergembira Madasani masih hidup.

    Perhimpunan itu juga memberi penghormatan kepada Ian Grillot, pelanggan sebuah bar kulit putih yang dianggap sebagai wira kerana cuba membantu.

    Dia sedang dirawat di hospital akibat kecederaan daripada tembakan senjata di bahagian dada dan tangannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda