Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan berarak untuk ‘hari bertindak’ Gaza

    LONDON, 14 JAN – Beribu-ribu penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di tengah London kelmarin sebagai sebahagian daripada ‘hari bertindak global’ untuk menentang kempen pengeboman Israel di Gaza.

    Kira-kira 1,700 polis ditugaskan untuk mengawasi perarakan itu, dengan tunjuk perasaan besar-besaran berlaku di London hampir setiap Sabtu sejak Israel memulakan perangnya terhadap Hamas berikutan serangan 7 Oktober.

    “Kami mahu menunjukkan kepada rakyat Palestin bahawa kami bersama mereka dan bersuara menentang kerajaan kami juga,” kata pekerja perkhidmatan kesihatan berusia 27 tahun, Maleeha Ahmed, yang berada di perarakan tersebut bersama keluarganya, kepada AFP.

    “Mereka memainkan peranan yang sangat besar dalam membenarkan Israel meneruskan apa yang mereka lakukan dan ia tidak boleh diterima,” katanya.

    Seorang lagi peserta perarakan, Dipesh Kothar, 37, berkata ia ‘sangat mengecewakan untuk duduk diam dan melihat dunia tidak melakukan apa-apa’.

    “Sebab itu kami tampil untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dan menunjukkan rasa tidak senang kami terhadap kerajaan di seluruh dunia,” katanya.

    “Kerajaan UK mesti menamatkan sokongannya terhadap perang kejam Israel di Gaza dan menyertai masyarakat antarabangsa yang lebih luas dalam mengutuk jenayah perangnya,” kata Kate Hudson, setiausaha agung Kempen untuk Perlucutan Senjata Nuklear. – AFP

    Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa demonstrasi menyokong rakyat Palestin di Gaza, di London, pada 13 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda