Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan berhimpun gesa boikot Perancis

    DHAKA, BANGLADESH, 27 OKT – Kira-kira 10,000 warga Bangladesh berhimpun di ibu negara itu hari ini untuk mengecam tindakan yang telah mengundang kemarahan umat Islam di Bangladesh berkaitan dengan sensitiviti agama Islam yang dilakukan di Perancis baru-baru ini.

    Sementara pemimpin kumpulan itu mendesak umat Islam di seluruh dunia untuk memboikot produk buatan Perancis.

    Para penunjuk perasaan membawa sepanduk yang tertulis ‘Semua umat Islam di dunia, bersatu’ dan ‘Boikot Perancis,’ Mereka juga membawa potongan gambar Presiden Perancis Emmanuel Macron dan menggantung kasut di lehernya.

    Tindakan Macron yang menolak untuk mengutuk penerbitan berkaitan dengan sensitiviti agama Islam minggu lalu telah mengundang kemarahan penduduk di negara-negara Islam.

    Para penunjuk perasaan berkumpul pada waktu pagi di depan Masjid Baitul Mokarram di Dhaka, ibu kota Bangladesh, dan kemudian mula berjalan menuju ke Kedutaan Perancis, yang terletak beberapa kilometer dari masjid itu. Tetapi polis menghalang perarakan tersebut dan meleraikannya secara aman. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda