Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ribuan berpindah, banjir Sydney menuju ke utara

    SYDNEY, 6 JULAI – Ribuan penduduk di pantai timur Australia meninggalkan rumah mereka hari ini ketika hujan berterusan membadai utara selepas banjir berlaku di Sydney yang menenggelamkan komuniti, jalan dan jambatan.

    Pihak berkuasa New South Wales mengeluarkan amaran baharu mengenai banjir di bandar terbesar utara Australia dan memaklumkan sungai melimpah akan memberi ancaman di sebahagian Sydney meskipun turunan hujan mulai berkurangan.

    “Bencana itu masih belum tamat,” kata ketua menteri, Dominic Perrottet.

    Sejak banjir bermula pada hujung minggu, perkhidmatan kecemasan mengeluarkan lebih 100 arahan pemindahan.

    Sekitar 85,000 orang telah diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka dengan segera atau bersedia untuk dipindahkan, oleh itu mereka tidak akan terkandas akibat banjir.

    Di pinggir barat Sydney, sungai telah melimpah tebingnya dan kawasan besar telah bertukar menjadi tasik, dengan air lumpur menenggelamkan rumah dan memutuskan jalan dan jambatan.

    Perdana Menteri Anthony Albanese melawat kawasan terjejas hari ini, menjanjikan ‘penyelesaian jangka panjang’ selepas bencana banjir berlaku di seluruh pantai timur Australia dalam tempoh 18 bulan lalu. – AFP

    Jambatan Windsor yang dilimpahi air bah di Windsor, Sydney pada 6 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...