LOS ANGELES, 8 OGOS – Kebakaran belukar di kawasan pergunungan di utara Los Angeles (LA) mendorong pemindahan penduduk di dua daerah Amerika Syarikat, memusnahkan hampir 5,000 ekar tanah, kata pihak berkuasa hari ini.
Kira-kira 10 zon di daerah LA dan Ventura diletak di bawah arahan pemindahan, dengan 2,700 penduduk dipindahkan setakat 11 malam tadi, beritahu jurucakap Jabatan Bomba Daerah Ventura, Andrew Dowd kepada AFP.
Seramai 400 kakitangan telah dikerahkan untuk mengawal kebakaran, menurut Dowd.
Kebakaran itu meletus ketika anggota bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran hutan yang berasingan kebakaran terbesar di California sepanjang tahun setakat ini yang marak untuk hari kelapan berturut-turut dan membakar lebih 99,000 ekar tanah di Hutan Negara Los Padres, dan mengancam ratusan rumah. – AFP


