Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Padang Sir Muda Haji Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara sekali lagi menjadi saksi kepada sambutan penuh istiadat dan semangat kenegaraan apabila ribuan rakyat serta penduduk dari segenap pelusuk negara membanjiri kawasan tersebut bagi menyaksikan Majlis Upacara Perbarisan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 pagi tadi.
Acara penuh gilang-gemilang itu bukan sahaja mencerminkan semangat patriotik rakyat, bahkan turut menzahirkan kasih dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Raja yang dikasihi, di samping menjadi simbol perpaduan dan penghargaan terhadap kepimpinan bijaksana Baginda Sultan dalam menerajui pembangunan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.
Semua di atas: Antara suasana semasa majlis perbarisan pagi tadi. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI