Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan hadiri rumah terbuka premier Sarawak

    KUCHING, 3 MEI – Majlis Rumah Terbuka Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang yang bermula pada 10 pagi hingga 4 petang hari ini dihadiri ribuan tetamu daripada pelbagai latar belakang.

    Abang Johari berkata majlis terbuka yang diadakan adalah satu permulaan yang baik agar dapat hidup normal setelah dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

    “Hari ini saya menerima semua lapisan masyarakat dan mereka telah menyatakan kegembiraan mereka dengan apa yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam proses pemulihan yang dijalankan.

    “Saya yakin selepas ini ekonomi kita akan berkembang, kegiatan ekonomi akan terus berjalan lancar dan saya yakin pemulihan akan berlaku dengan lebih cepat,” katanya.

    Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib turut mengunjungi rumah terbuka Abang Johari kira-kira 1 tengah hari.

    Turut hadir, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Hui Kian dan barisan menteri dan timbalan menteri. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) menyantuni orang ramai yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak, di Kuching, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda