Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan harungi gelombang COVID-19 bagi ujian kelayakan

    SEOUL, 18 NOV – Korea Selatan melaporkan peningkatan harian terbesar dalam jangkitan koronavirus sejak permulaan pandemik ketika beratus-ratus ribu pelajar yang memakai pelitup muka, hadir ke sekolah hari ini bagi menjalani ujian kelayakan universiti yang kompetitif di tengah-tengah kebimbangan penularan varian Delta.

    Kira-kira 509,000 pelajar mengambil peperiksaan sehari di 1,395 pusat ujian di seluruh negara, termasuk hospital-hospital dan pusat perlindungan.

    Peperiksaan tahunan digelar ‘Suneung’ atau Ujian Kelayakan Akademik Kolej adalah penting bagi negara obsesif pendidikan itu, di mana kerjaya, kedudukan sosial malah prospek perkahwinan banyak bergantung kepada universiti yang dihadiri seseorang.

    Pelajar diperiksa suhu badan sebelum memasuki kelas peperiksaan dan mereka yang mengalami demam, dimasukkan ke kawasan ujian berasingan. Kementerian Pendidikan mengatakan 69 orang pelajar yang dijangkiti dan 105 yang lain dalam kuarantin kendiri, mengambil peperiksaan itu secara berasingan.

    Semasa peperiksaan dijalankan dan bagi mengurangkan kebisingan, pihak berkuasa pengangkutan menghentikan sementara pendaratan dan pelepasan pesawat di lapangan terbang semasa ujian lisan Bahasa English dijalankan. Pejabat kerajaan dan swasta meminta pekerja mereka datang lewat dan pasaran saham negara menangguhkan pembukaan sejam bagi memastikan jalan raya tidak sesak bagi mereka yang mengambil ujian.

    “Pelajar tidak mendapat belajar secara bersemuka di bilik darjah kerana COVID-19 dan saya sering memerhatikan anak saya risau dan bergelut,” kata seorang ibu, Seo Kwang-sun yang anaknya turut mengambil ujian di Seoul.

    Meskipun sekolah berganti-ganti antara kelas bersemuka dan online, sebelum ini, Kementerian Pendidikan merancang permulaan kelas bersemuka minggu depan bagi membantu mengurangkan jurang pendidikan dan menyelaraskannya dengan strategi virus kerajaan.

    Sebanyak 3,292 kes baharu COVID-19 dilaporkan oleh Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea hari ini, hari kedua berturut-turut ia merekodkan lebih 3,000 kes.

    Agensi itu mengatakan 29 pesakit meninggal dunia dalam masa 24 jam lalu, membawa jumlah kematian kepada 3,187 orang, manakala 506 lagi dalam keadaan serius atau kritikal. – AP

    Pelajar Korea menunggu bagi memulakan ujian di sebuah sekolah menengah di Seoul, 18 November. Sejumlah 509,000 pelajar di seluruh negara mengambil ujian kelayakan tahunan kemasukan ke universiti di tengah-tengah peningkatan koronavirus di negara itu. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda