Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ribuan hektar hutan hangus terbakar

    LOS ANGELES, 24 JULAI – Kebakaran di hutan California yang tercetus Jumaat lalu memusnahkan beribu-ribu hektar kawasan itu semalam.

    Insiden berlaku ketika jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) berdepan cuaca panas terik dengan suhu yang sudah memecahkan rekod sedia ada dan masih terus meningkat.

    Gelombang haba yang melanda beberapa kawasan itu telah meningkatkan risiko kebakaran, seperti kebakaran besar yang tercetus Jumaat lalu di California berhampiran Taman Negara Yosemite.

    Ia turut mengancam pokok sequoia gergasi sejak beberapa hari kebelakangan ini.

    Kebakaran yang disifatkan sebagai ‘letupan’ oleh pihak berkuasa itu terus meningkat daripada kira-kira 240 hektar kepada kira-kira 3,800 hektar dalam tempoh 24 jam. Tertumpu di Mariposa County, kebakaran itu turut memusnahkan 10 bangunan dan merosakkan lima lagi premis lain, manakala ribuan lagi kediaman kini terancam.

    Pegawai maklumat awam Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Hector Vasquez, berkata setakat ini lebih 6,000 penduduk telah dipindahkan, susulan kebakaran masih marak pada petang semalam.

    Jabatan itu berkata aktiviti kebakaran yang sedang berlaku adalah ‘ekstrem’.

    Vasquez berkata lebih 500 anggota bomba sedang berusaha untuk memadamkan api dengan bantuan pesawat. Pegawai yang dipetik oleh Los Angeles Times, berkata kemungkinan ia mengambil masa seminggu untuk mengawal kebakaran berkenaan. – AFP

    Kelihatan harta benda yang musnah selepas Api Oak membakar kawasan hutan berdekatan Midpines, timur laut California pada 23 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...