Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan ikan mati akibat tasik kering dalam kemarau Mexico

    ANAHUAC, 13 JUN – Ribuan ikan mati apabila sebuah lagun di utara Mexico kering sebahagiannya ketika kemarau teruk melanda negara itu.

    Paras air Lagun Bustillos berada di bawah 50 peratus daripada paras biasa, kata pihak berkuasa tempatan semalam, bermakna bahan pencemar lebih tertumpu dan berbahaya kepada spesies yang mendiaminya.

    Ikan mati mula berlonggok di dasar tasik seminggu lalu dan bau busuk menyelubungi kawasan itu ketika pekerja membersihkan sisa reput di tengah-tengah kebimbangan boleh menyebarkan penyakit.

    Mexico secara keseluruhannya bergelut dengan suhu tinggi di beberapa bandar, termasuk ibu negara, mencatatkan rekod haba.

    Pihak berkuasa kesihatan berkata 125 orang maut pada musim panas yang bermula pertengahan Mac lalu. – AFP

    Gambar menunjukkan ikan mati akibat kemarau di Lagun Bustillos, berhampiran Anahuac, Negeri Chihuahua, Mexico, pada 5 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda