BANGKOK, 15 OKT – Beribu-ribu penunjuk perasaan Thailand berhimpun hari ini, mengingkari satu tindakan keras untuk meleraikan demonstrasi pro-demokrasi selama berbulan-bulan dengan perlaksanaan perintah darurat dan penahanan para aktivis.
Penunjuk perasaan melaungkan ‘Keluar Prayut!’ dan “Bebaskan rakan kami!’ semasa mereka berkonfrontasi dengan polis di Ratchaprasong, sebuah persimpangan sibuk di tengah Bangkok, di sebalik dekri baharu yang melarang perhimpunan lebih daripada lima orang, dihasratkan mematahkan demonstrasi dike-tuai pelajar.
Awal hari ini, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengumumkan perintah darurat di Bangkok yang melarang perhimpunan awam terpakai untuk perhimpunan politik, yang berkuat kuasa 4 pagi hari ini.
Perintah darurat itu juga melarang penerbitan berita dan mesej dalam talian lain yang boleh menimbulkan ketakutan dan menyebarkan maklumat palsu, serta menimbulkan salah faham yang akan menjejaskan keselamatan negara.
Selepas perintah darurat diumumkan, polis menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan yang berkhemah di luar pejabat perdana menteri. Namun, tidak lama kemudian, ketua pelajar menggesa sokongan di media sosial untuk rapat umum. – AFP