Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan kanak-kanak alami kesukaran ke sekolah akibat banjir di Vietnam

    HANOI, 20 OGOS – Ribuan kanak-kanak di utara Vietnam akan bergelut untuk kembali ke sekolah selepas banjir kilat dan tanah runtuh merosakkan kediaman-kediaman, memusnahkan tanaman dan memutuskan beberapa komuniti di wilayah itu, sebuah badan amal memberi amaran hari ini.

    Kawasan utara negara itu mengalami musim panas yang amat lembap, dengan kawasan-kawasan pergunungan di barat laut terutamanya dilanda hujan lebat dan banjir kilat sejak awal Julai.

    Hampir 29,000 buah rumah telah rosak dan 90,000 hektar tanaman musnah, menurut Pejabat Perangkaan Am Vietnam akhir bulan lalu.

    Di wilayah Son La, kira-kira 1.3 juta orang telah terjejas, menurut Save the Children, yang berkata banjir telah meninggalkan kawasan luar bandar bertaburan dengan jambatan-jambatan patah dan jalan raya yang rosak teruk.

    Sebelas orang telah meninggal dunia di kawasan itu, dan sekitar 2,670 rumah dan 29 bangunan sekolah telah rosak, menurut pegawai bencana Vietnam.

    Save the Children berkata 4,500 orang kanak-kanak akan menghadapi ‘cabaran keselamatan’ ketika mereka kembali ke sekolah pada awal September.

    “Pemulihan akan mengambil masa beberapa bulan dan tanpa campur tangan segera, kanak-kanak ini boleh menghadapi pelbagai bahaya,” kata Le Thi Thanh Huong, Pengarah Negara Save the Children Vietnam, dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar udara menunjukkan kawasan rumah ditenggelami air banjir di kampung Ben Voi di pinggir Hanoi pada 28 Julai lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda