Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan kenderaan terkandas di China akibat salji

    BEIJING, 6 FEB – Cuaca amat sejuk memerangkap ribuan pemandu di lebuh raya di tengah China ketika salji dan hujan dingin menjejas perjalanan melalui udara, kereta api dan jalan raya semasa kesibukan perjalanan tahunan Tahun Baharu Cina.

    Seorang penulis blog pelancongan China berkata dia dan teman lelakinya sedang menunggu dengan yang lainnya hari ini untuk kerja-kerja pencairan ais selesai selepas meliputi jarak sekitar 30 hingga 40 kilometer dalam 13 jam pada hari sebelumnya.

    Mengembara dalam keadaan selesa seperti karavan, Chen Wei, tidak kisah dengan penangguhan perjalanan ke kampung halamannya. Dia memetik pepatah China lama, memberitahu AP dia ‘menerima apa yang datang dan meng-hadapinya dengan tenang.’

    Salji lebat, luar biasa di tengah China, diramalkan berterusan sehingga Rabu. Berjuta-juta orang sedang menuju ke kampung halaman untuk Tahun Baharu Cina, yang jatuh pada Sabtu. Keluarga secara tradisinya berkumpul untuk makan malam sebelum tahun baharu itu.

    Kerajaan pusat di Beijing berkata ia akan mengagihkan 141 juta yuan sebagai bantuan segera untuk pembersihan salji lebuh raya dan kerja berkaitan di 11 wilayah bagi memastikan perjalanan selamat untuk percutian itu, lapor penyiar negeri CCTV.

    Di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, landasan lapangan terbang ditutup kerana keadaan berais. Beberapa penerbangan dan kereta api dibatalkan atau ditangguhkan, menyebabkan pengembara terkandas selama berjam-jam. – AP

    Kenderaan terkandas di lebuh raya yang dilitupi salji di pinggir Wuhan di wilayah Hubei tengah China pada 5 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda