Ribuan larikan diri, Taliban sasar utara Afghanistan

KABUL, 10 OGOS – Taliban kini menguasai enam kota wilayah Afghanistan selepas serangan di utara yang memaksa puluhan ribu orang melarikan diri dari kediaman mereka bagi keselamatan sanak saudara dari Kabul dan pusat-pusat lain.

Pemberontak kini menumpukan perhatian ke atas Mazar-i-Sharif, bandar terbesar di utara yang kejatuhannya menandakan keruntuhan sepenuhnya kawalan kerajaan di rantau itu yang secara tradisinya anti-Taliban.

Angkatan keselamatan kerajaan juga memerangi gerakan pelampau itu di Kandahar dan Helmand, wilayah selatan yang menggunakan bahasa Pashtun di mana Taliban meraih kekuatan mereka.

Amerika Syarikat – dijadualkan menyelesaikan pengunduran tentera pada hujung bulan dan menamatkan perang paling lamanya – sudah pun meninggalkan medan perang. Walau bagaimanapun, utusan khasnya Zalmay Khalilzad dihantar ke Qatar dalam usaha meyakinkan Taliban supaya menerima gencatan senjata.

Beliau akan mendesak Taliban menghentikan serangan tentera me-reka dan membantu memformulasikan satu respons bersama antarabangsa terhadap situasi memburuk itu.

Pegawai dari negara jiran Afghanistan – Pakistan, China dan Iran – juga akan menghadiri mesyuarat itu.

Ketika pertempuran semakin memburuk, berpuluh-puluh ribu orang melarikan diri di dalam negara itu, dengan keluarga melarikan diri dari bandar-bandar yang ditawan Taliban dengan kisah-kisah layanan kejam di tangan pemberontak. – AFP