Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan orang berhimpun beri sokongan kepada Palestin

    AMMAN, 13 OKT – Beribu-ribu orang berkumpul di ibu negara Jordan, Amman hari ini untuk tunjuk perasaan menyokong rakyat Palestin di Gaza susulan serangan mengejut pejuang Hamas terhadap Israel.

    Lebih 10,000 orang berkumpul di tengah Amman berhampiran Masjid Besar Husseini, menyahut seruan protes di media sosial daripada Ikhwanul Muslimin Jordan, serta beberapa kumpulan berhaluan kiri dan belia.

    Protes itu dijangka bermula secara rasmi selepas solat Jumaat, tetapi penunjuk perasaan yang bersemangat berkumpul dengan bendera Palestin dan Jordan.

    Mereka memegang sepanduk bertulis ‘Perarakan kemenangan akan diteruskan, Solidariti dengan Palestin’ dan ‘Bersama Palestin, Palestin yang Merdeka’.

    Terdapat kehadiran polis yang ramai di kawasan itu, kata wartawan AFP di lokasi.

    Israel berada di tengah-tengah perang untuk ‘memusnahkan’ pejuang Hamas, yang memerintah Semenanjung Gaza, selepas kumpulan Islam Palestin menyerbu sempadan selatannya pada hujung minggu dan membunuh lebih 1,200 orang.

    Israel sejak itu telah menyerang sasaran pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, di mana 1,537 orang telah terbunuh. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda