Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Ribuan penduduk SA terputus bekalan elektrik

    CANBERRA, 13 NOV – Beribu-ribu penduduk di negeri South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir teruk melanda negeri itu.

    SA merekodkan lebih 423,000 kilat pada Sabtu dengan ribut dengan angin kencang melebihi 100kmsj serta banjir kilat, lapor Xinhua.

    Sehingga pagi Ahad, terdapat kira-kira 76,000 pelanggan SA Power belum mendapat bekalan elektrik, dengan beberapa kawasan menyatakan mereka perlu menunggu sehingga Isnin sebelum perkhidmatan dipulihkan.

    Perkhidmatan kecemasan negeri (SES) menerima lebih 1,000 panggilan untuk bantuan antara pagi Sabtu dan Ahad.

    Satu ‘siklon mini’ dilaporkan melanda Adelaide Hills, menumbangkan pokok dan merosakkan rumah.

    Penduduk Kristen Stevens, 33, berkata sebatang pokok setinggi 30 meter tumbang ke atas kereta jirannya. “Saya agak terkejut – saya tidak sangka ia akan menjadi seteruk ini,” katanya kepada News Corp Australia.

    “Kereta jiran itu hampir terbelah dua. Saya tidak pernah melihat ribut seperti ini, pastinya ia adalah ribut paling teruk pernah saya alami,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...