Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan pengakap berpindah, Khanun tiba

    SEOUL, 7 OGOS – Penganjur Jambori Pengakap Sedunia meminta tuan rumah Korea Selatan hari ini supaya ‘segera’ memindahkan puluhan ribu kanak-kanak dari tapak perkhemahan mereka menjelang taufan, hanya beberapa hari selepas gelombang panas menyebabkan ramai kalangan jatuh sakit.

    Taufan Khanun, yang telah mengorbankan dua kematian di Jepun, dijangka mendarat di Korea Selatan pada Khamis ini, dekat kawasan di mana lebih kurang 43,000 pengakap berkhemah di wilayah utara Jeolla untuk pertemuan jambori yang dipenuhi dengan pelbagai masalah.

    Media Korea telah menggelar jambori itu sebagai ‘aib negara’ selepas gelombang panas yang melampau menyebabkan ratusan pengakap jatuh sakit sekali gus memaksa kumpulan pengakap Amerika dan Britain menarik diri, dengan kritikan terhadap keadaan di kawasan kem semakin meningkat.

    Penganjur telah menegaskan acara itu akan diteruskan tetapi hari ini Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia berkata, Seoul telah memberitahu mereka bahawa ‘disebabkan jangkaan kesan Taufan Khanun, pemindahan awal akan dirancang bagi semua peserta.’

    “Kami segera menyeru Kerajaan untuk menyegerakan rancangan untuk berlepas dan menyediakan semua sumber dan sokongan yang diperlukan untuk peserta semasa mereka tinggal dan sehingga mereka pulang ke negara asal mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

    Seoul membuat keputusan untuk mengosongkan dan menutup tapak perkhemahan dengan mengambil kira taufan yang semakin dekat serta ‘kebimbangan dan permintaan’ daripada badan pengakap dunia dan negara yang mengambil bahagian, kata menteri kesaksamaan jantina, Kim Hyun-sook kepada pemberita.

    Berlepas awal dari tapak perkhemahan tidak bermakna acara berakhir, katanya sambil menambah jambori itu “cuma berpindah kerana bencana alam tetapi akan diteruskan.” – AFP

    Ahli pengakap AS berkumpul untuk menaiki bas, meninggalkan tapak perkhemahan Jambori Pengakap Dunia di Buan, Korea Selatan, 6 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda