Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ribuan pengunjung hadir JP Carnival Funfair

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT JP Carnival Funfair yang diadakan bersempena dengan musim cuti persekolahan telah melabuhkan tirainya yang menerima sambutan baik dengan ribuan pengunjung hadir pada acara selama empat hari itu.

    Menurut Pengurus Am, Jerudong Park Playground, Hajah Siti Norzalena binti POKLRDSLJ Haji Awang Abdul Rahman berkongsi bahawa acara sedemikian merupakan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat di negara ini dalam sama-sama menikmati cuti persekolahan.

    “Kami sentiasa menanti-nantikan musim cuti persekolahan di mana pada saat itulah ahli keluarga dapat meluangkan masa mereka berkumpul di Jerudong Park dengan merakamkan memori dan pengalaman terbaik. Sejak waktu endemik, inilah acara pertama yang kami ketengahkan kepada orang ramai dan pastinya kami berusaha untuk mewujudkan keseronokan sepenuhnya kepada para pengunjung,” tambahnya.

    Menerusi karnival berkenaan, pelbagai acara menarik telah dimuatkan antaranya live band, hadiah bertuah, inflatable course obstacle, dan live science dengan kerjasama Makmal Tenaga Seria, di samping variasi jualan makanan dan minuman.

    Salah satu aktiviti yang diadakan semasa JP Carnival Funfair. – Gambar serahan JPCC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...