Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan penunjuk perasaan anti-perkauman berhimpun di UK

    LONDON, 8 OGOS – Ribuan penunjuk perasaan anti-perkauman turun ke jalan di kebanyakan bandar dan pekan di United Kingdom kelmarin bagi menentang demonstrasi sayap kanan akibat insiden tikam di Southport, lapor Xinhua.

    Menjelang 11 malam (2200 GMT), keba-nyakan rancangan demonstrasi sayap kanan tidak menjadi kenyataan selepas kerajaan British mengerahkan anggota polis untuk mengawal ketenteraman manakala sejumlah besar penunjuk perasaan anti-perkauman membanjiri jalan-jalan di bandar seperti London, Bristol, Brighton, Birmingham, Liverpool, Hastings dan Walthamstow.

    Penunjuk perasaan anti-perkauman membawa plakad yang tertera dengan kata-kata seperti Smash fascism & racism, Refugees welcome, Stop the far-right dan Love, not hate.

    Di Brighton, hanya sebilangan kecil penunjuk perasaan sayap kanan hadir dan didominasi oleh kumpulan besar anti-perkauman.

    Perkembangan terbaharu ini memberikan kelegaan kepada UK selepas beberapa hari protes sayap kanan yang menyasarkan umat Islam dan populasi imigran secara umum melanda negara itu.

    Protes itu menyebabkan kecederaan terhadap pegawai polis, kedai-kedai dirompak dan hotel yang menempatkan pencari suaka diserang. – Bernama

    Penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang protes anti-imigresen berhaluan kanan yang dirancang di London pada 7 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda