Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar ekspo industri pertahanan Australia

    SYDNEY, 11 SEPT – Ribuan penunjuk perasaan anti-perang berkumpul pada pagi hari ini untuk berhimpun di luar pameran industri pertahanan di Melbourne, negeri Victoria, Australia, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

    Penunjuk perasaan mula berkumpul pada 6 pagi waktu tempatan di luar Land Forces International Land Defence Exposition di kawasan pusat perniagaan (CBD) Melbourne, sambil mengibarkan bendera Palestin dan memukul gendang serta melaungkan Free Palestine di tengah-tengah konflik berterusan di Gaza.

    Jalan raya bandar disekat dan perkhidmatan pengangkutan awam terganggu pada pagi ini. Menurut media tempatan, polis bertempur dengan penunjuk perasaan dan menggunakan semburan lada apabila objek dilemparkan ke arah pegawai polis berkuda. Seramai 33 orang ditahan, lapor AFP.

    Berlangsung hari ini hingga Jumaat di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne, persidangan dwi-tahunan itu telah menarik ratusan syarikat dan organisasi yang mempamerkan teknologi yang boleh membawa maut.

    Kerajaan negeri Victoria memberikan kuasa khas kepada polis di bawah undang-undang antikeganasan untuk memeriksa orang awam dan kenderaan di kawasan sekitar acara itu, serta mengerah anggota polis tambahan untuk meningkatkan kawalan keselamatan.

    Menteri bagi Industri Pertahanan dan Penyampaian Keupayaan Australia, Pat Conroy mengecam protes itu. – Bernama

    Seorang penunjuk perasaan memberikan isyarat ketika polis Victoria bertempur dengan penunjuk perasaan anti-perang di luar konvensyen senjata tentera di pusat bandar Melbourne, Australia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda