Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan penyokong rai juara NBA

    LOS ANGELES, 16 JUN – Ribuan penyokong kelmarin menyaksikan perarakan kemenangan di sepanjang jalan di Denver ketika juara NBA, Nuggets meraikan kejuaraan liga pertama mereka.

    Tiga hari selepas menewaskan Miami Heat untuk memenangi final NBA dalam lima perlawanan terbaik, Nuggets mempamerkan trofi kejuaraan yang akhirnya ditawan selepas 47 kempen NBA.

    Dengan cerut dinyalakan dan champagne dan bir mengalir, pemain melambai kepada penyokong. Pemain Paling Berharga dalam final NBA, Nikola Jokic dan rakan sepasukannya, Jamal Murray menaiki jentera bomba sambil orang ramai bersorak di setiap blok.

    “Ini menakjubkan. Seperti tidak nyata,” kata penyerang Nuggets, Aaron Gordon. “Saya tidak pernah membayangkan ini sama sekali.”

    Orang ramai juga mengejutkan pemain Nuggets, Kentavious Caldwell-Pope.

    Para pemain Denver Nuggets semasa Perarakan Kejuaraan Denver Nuggets 2023 di Denver, Colorado, baru-baru ini. – AFP

    “Saya terharu. Terdapat begitu ramai orang di luar sini,” katanya. “Saya teruja semua orang datang untuk memberikan sokongan kepada kami. Lihatlah ramainya orang. Ia gila.

    Saya hanya menikmati menjadi sebahagian daripada sejarah. Saya sukakannya. Penyokong yang luar biasa.”

    Jurulatih Nuggets, Michael Malone berkata melihat semua penyokong menjerit kegembiraan membawa impak pencapaian pasukan ini ke rumah.

    “Saya mula sedar,” kata Malone. “Berada bersama rakan-rakan rapat saya, melintasi jalan-jalan ini dalam perarakan, ini adalah kasih sayang, kawan. Ini adalah sokongan. Ini adalah 47 tahun dalam pembikinan. Sukar dipercayai. Saya sangat bangga dengan detik ini.”

    Malone juga menekankan perasaannya bahawa Nuggets mempunyai lebih banyak gelaran pada masa depan.

    “Terima kasih kepada Nuggets Nation. Saya menghargai kesabaran awda,” katanya. “Hari yang hebat untuk meraikan kejuaraan ini. Tetapi kami belum selesai.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda