WESTERLY, RHODE ISLAND, 30 JULAI – Sekumpulan besar pepatung mengejutkan pengunjung pantai pada hujung minggu lalu di Rhode Island.
Ribuan pepatung, yang bersaiz besar dan berwarna cantik, ‘menyerang’ pantai Misquamicut pada Sabtu. Video menunjukkan pengunjung pantai berlari mencari perlindungan dan bersembunyi di bawah selimut. Orang ramai menjerit kerana panik.
Tidak jelas apa yang mendorong kawanan serangga itu datang ke pantai itu selama beberapa minit dan kemudian hilang dalam sekelip mata.
“Satu minit semuanya tenang. Minit seterusnya saya melihat pepatung paling banyak yang pernah saya lihat dalam hidup saya,” kata Nicole Taylor kepada WFSB-TV.
“Ia berlarutan selama 3 minit, dan kemudian ia hilang. Ia adalah pengalaman yang amat pelik.” – AP
