ULAANBAATAR, Mongolia, 29 Jan – Beribu rakyat Mongolia berdiri dalam keadaan cuaca sejuk semalam bagi kali kedua musim sejuk ini bagi membantah tindak balas kerajaan terhadap kabus yang secara rutin membelenggu ibu negara mereka.
Dianggarkan 7,000 orang, kebanyakan mereka mengenakan topeng dan topeng gas dengan topi tebal musim sejuk, berdiri dalam keadaan cuaca di bawah kurang 20 darjah Selsius (tolak 4 Fahrenhiet). Berdiri di tengah bandar Dataran Sukhbataar, mereka memegang belon hitam dan pemidang bantahan. Satu pemidang berbunyi: “Bangun dan hidu bau kabus.”
Ulaanbaatar adalah salah sebuah ibu negara paling sejuk dunia, dan lebih dari setengah 1.3 juta penduduk bandar itu bergantung ke atas arang batu, plastik, membakar tayar dan bahan lain untuk terus merasa panas dan memasak sarapan di kediaman mereka. Di kejiranan miskin yang mengejutkan bandar itu, dikenali sebagai daerah-daerah ger, kebanyakan penggembala dan yang lain hidup dalam khemah-khemah tradisi tanpa pemanasan, yang menyebabkan mereka membakar bahan-bahan api yang mendatangkan pencemaran.

UNICEF, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tahun lepas berkata bahawa Ulaanbaatar adalah salah satu dari 10 bandar raya yang paling tercemar di dunia.
Ia mendapati paru-paru kanak-kanak yang tinggal di daerah-daerah negara itu dicemari teruk dan banyak tidak berfungsi begitu juga dengan kanak-kanak yang hidup di kawasan pedalaman, meletakkan mereka berisiko menghadapi penyakit pernafasan yang kronik ketika mereka membesar. – AP