Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ribuan sambut kepulangan Suarez

    MONTEVIDEO, 1 OGOS – Beribu-ribu peminat mengalu-alukan kedatangan Luis Suarez selepas penyerang itu menyertai Nacional, kelab di mana dia memulakan kariernya 17 tahun lalu.

    Suarez, 35, mengakui dia ‘gugup’ dan ‘beremosi’ selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Montevideo di mana dia bertemu ahli keluarga, rakan, pihak kelab dan juga beberapa selebriti.

    Sebaik tiba dengan jet peribadi milik bekas rakan sepasukan di Barcelona, Lionel Messi, Suarez kemudiannya meninggalkan lapangan terbang dalam perarakan menuju ke stadium Nacional, Gran Parque Central untuk diperkenalkan secara rasmi.

    Akhbar tempatan menyifatkan dia adalah pemain paling penting dalam sejarah bola sepak Uruguay.

    Dalam temu bual pertamanya apabila kembali ke Uruguay, Suarez mengucapkan terima kasih kepada peminat yang melakukan kempen media sosial secara besar-besaran yang mencetuskan keputusan untuk kembali ke bekas kelabnya itu.

    “Saya ke sini untuk mereka, terima kasih kepada mereka dan kepada semua penyokong,” katanya.

    Menurut Nacional, tanda pagar #SuarezANacional (Suarez ke Nacional) dilancarkan oleh peminat digunakan sebanyak 50 juta kali di 35 negara. – AFP

    Reaksi Luis Suarez semasa diperkenalkan sebagai pemain Nacional Uruguay di stadium Gran Parque Central di Montevideo pada 31 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...