Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan sanggup berpanas, panjat bukit tonton konsert percuma

    Hampir 50,000 peminat Taylor Swift memenuhi kawasan bukit di Munich, Jerman demi menyaksikan konsert jelajah The Eras Tour secara percuma.

    Menerusi video yang tular di media sosial, peminat dilihat mengerumuni kawasan puncak bukit Olympiaberg kerana kawasan tersebut terletak berdekatan dengan lokasi konsert. Tindakan mereka mengundang kebimbangan pihak penganjur memandangkan cuaca agak panas terik.

    Bagaimanapun, mereka langsung tidak menghalang peminat yang hadir malah turut menyediakan air minuman dan selimut untuk peminat berlindung daripada terik matahari. Bukan itu sahaja, Taylor turut memuji kesungguhan peminat yang sanggup berpanas di luar stadium demi menonton persembahannya.

    “Saya rasa sangat bertuah dapat beraksi depan 74,000 penonton di dalam stadium dan saya juga diberitahu hampir 50,000 orang lagi yang berkampung di luar stadium. Terima kasih kepada semua yang datang tak kisah awak di dalam atau di luar stadium, Saya sangat bertuah dikelilingi dengan peminat yang sayangkan saya!” katanya.

    Taylor dijadualkan bakal berangkat ke Poland, Austria dan England sebelum menamatkan konsert jelajahnya pada hujung tahun ini.

    Sepanjang berlangsungnya The Eras Tour sejak Mac tahun lalu, pelbagai kejayaan diraih Taylor, antaranya dia memecahkan rekod sebagai konsert dengan jualan tiket terbanyak di dunia. – Agensi

    Keadaan Bukit Olympiaberg yang dipenuhi ribuan peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda