Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan sertai bantahan desak naib presiden dipecat

    MANILA, 31 JAN – Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di serata Manila hari ini, mendesak Dewan Perwakilan Filipina untuk memecat Naib Presiden Sara Duterte.

    Sara berdepan dengan tiga aduan pemecatan atas dakwaan salah laku dan penyalahgunaan jutaan dolar dana kerajaan selain ugutan terhadap Presiden Filipina.

    Namun para penggubal undang-undang masih belum menangani isu itu, walaupun hanya tinggal beberapa hari sebelum Kongres ditangguhkan minggu depan menjelang pilihan raya pertengahan penggal Mei nanti.

    Walaupun Sara tidak sehaluan dengan Presiden Ferdinand Marcos tetapi beliau masih kekal sebagai pengganti sah jika presiden tidak dapat melaksanakan tugas, menafikan dakwaan tersebut.

    Marcos sendiri telah menggesa Kongres untuk tidak meneruskan pemecatan terhadap Sara, dengan mengatakan ia adalah ‘hal kecil yang tidak penting’ hanya akan mengalihkan perhatian badan perundangan daripada tanggungjawab utamanya.

    Penunjuk perasaan yang kebanyakannya memakai baju putih memegang sepanduk yang mendesak pemecatan Sara dan melaungkan ‘Pecat Sara sekarang!’ ketika mereka berkumpul di sebelah jalan paling sibuk di Manila.

    Kira-kira 4,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan pagi itu dengan pihak berkuasa mengerahkan 7,400 anggota polis anti rusuhan untuk menjaga keamanan. – AFP

    Penunjuk perasaan yang memegang sepanduk sambil melaungkan slogan semasa perhimpunan di monumen Kuasa Rakyat di Manila kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda