BOGOTA, 22 SEPT – Ribuan penduduk Colombia mengadakan bantahan kelmarin ke atas keganasan polis dan dasar kerajaan, 11 hari selepas seorang lelaki terkorban di tangan polis sehingga mencetuskan bantahan.
Ahli kesatuan dan pelajar mengetuai bantahan dan berarak, melaungkan slogan menentang keganasan polis, yang memuncak dalam pertempuran dengan polis di tengah Bogota, pusat bantahan utama.
Para pembantah melontarkan batu ke arah polis, yang bertindak balas dengan melontarkan bom pemedih mata, menurut wartawan AFP.
Unit antirusuhan polis terpaksa masuk campur untuk membendung ‘keganasan’ di Bogota, dan di bandar barat laut Medellin dan Pasto di bahagian barat daya, menurut ketua polis, Oscar Atehortua.
Sekurang-kurangnya sembilan orang telah ditahan kerana menjarah bank dan kemudahan awam, menurut Atehortua.
Polis berkata seramai 5,600 orang menyertai 142 bantahan, tetapi pada penghujung hari, keramaian semakin bertambah.
Bogota mengalami kekacauan selama beberapa hari selepas seorang jurutera berusia 43 tahun bernama Javier Ordonez berkorban pada 9 September selepas diserang oleh dua orang pegawai polis.
Selepas 11 hari cuti, pelajar-pelajar memakai penutup muka dan berarak ke jalan-jalan sekali lagi. – AFP
