Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan tuntut perubahan model pelancongan

    MADRID, 21 APRIL – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di Kepulauan Canary Sepanyol kelmarin untuk menuntut perubahan kepada model pelancongan besar-besaran yang membelenggu kepulauan Atlantik itu.

    Penunjuk perasaan mula membantah pada tengah hari kelmarin, di mana orang ramai yang mengibarkan bendera memenuhi jalan di bandar-bandar utama di seluruh tujuh pulau di gugusan kepulauan itu.

    Dianggarkan 57,000 orang menyertai protes itu, menurut laporan media Sepanyol, memetik wakil kerajaan pusat di pulau-pulau itu.

    Bantahan dengan cara melaungkan slogan sambil mengibarkan sepanduk itu diadakan oleh kira-kira 20 kumpulan sosial dan alam sekitar yang mengatakan kesesakan pelancong akan mengekalkan model ekonomi yang menjejaskan penduduk tempatan dan merosakkan alam sekitar.

    Mereka mahu pihak berkuasa mengehadkan bilangan pelawat dan telah mencadangkan untuk memperkenalkan cukai eko untuk melindungi alam sekitar, moratorium pelancongan dan menyekat penjualan hartanah kepada penduduk bukan tetap. – AFP

    Puluhan ribu penduduk pulau turun ke jalan untuk menuntut tindakan kerajaan mengubah model pelancongan besar-besaran yang mereka katakan sedang membanjiri kepulauan itu pada 20 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda