Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan ubat palsu menyusup masuk ke hospital Australia

    SYDNEY, 23 Feb – Sektor penjagaan kesihatan Australia digegarkan petang Selasa, dengan butir-butir laporan 2010 mendedahkan bahawa beribu-ribu pil preskripsi palsu telah menyusup masuk ke rangkaian bekalan perubatan New South Wales dan juga berjaya ke Hospital Kanak-kanak Sydney.

    Perkara itu dikesan apabila seorang pekerja penjagaan kesihatan telah memberikan kanak-kanak dengan dadah Viagra untuk merawat keadaan hipertensi pulmonari.

    Ahli kakitangan hospital mendapati bahawa terdapat percanggahan dalam kemunculan tablet dan hospital kemudian menghubungi pengeluar Pfizer untuk menyiasat.

    “Perkara ini mendatangkan kebimbangan kepada rawatan anak damit,” Timbalan Ketua ahli farmasi New South Wales, Bruce Battye memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda