Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan umat Islam meriahkan sambutan Maal Hijrah

    KUALA LUMPUR, 7 JULAI – Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.

    Di Sabah, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar, dihadiri kira-kira 4,000 orang dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

    Tun Juhar dalam ucapannya berkata komitmen dan usaha berterusan semua pihak adalah kunci kepada kejayaan sesebuah negara.

    Tun Juhar turut menyeru rakyat Sabah supaya terus bersatu padu selain mendoakan agar penduduk negeri itu dapat menikmati kemajuan di bawah gagasan Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya.

    Sementara itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapannya berkata ketibaan tahun baharu Hijrah kali ini akan menjadi inspirasi kepada kerajaan negeri untuk meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.

    Pada sambutan Maal Hujrah tahun ini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Sabah dan menerima wang berjumlah RM20,000, jam tangan, pakaian, trofi dan sijil penghargaan.

    Di Sarawak, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri itu yang bermula petang semalam diisi dengan majlis bacaan doa dan sambutan diteruskan hari ini dengan perhimpunan di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange, Kuching yang dihadiri kira-kira 500 orang.

    Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isterinya Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang tururtmenghadiri perhimpunan itu. – Bernama

    Tun Juhar Mahiruddin (kiri) bersalaman dengan Datuk Seri Hajiji Noor ketika tiba pada Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Papar, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda