SEATTLE, 30 April – Beribu-ribu orang di seluruh AS berarak di tengah hujan, salji dan kepanasan semalam untuk menuntut tindakan berhubung perubahan iklim – bantahan beramai-ramai yang berbetulan dengan 100 hari Presiden Donald Trump dalam jawatannya dan menumpu pada agendanya kerana mengurangkan perlindungan persekitaran.
Pada acara besar itu, Peoples Climate March di Washington DC, berpuluh-puluh ribu orang penunjuk perasaan menuju Pennsylvania Avenue dalam perjalanan mereka untuk mengelilingi Rumah Putih ketika suhu naik ke 90an.
Para penganjur berkata kira-kira 300 buah perhimpunan atau perarakan sama diadakan di seluruh negara, termasuklah di Seattle, Boston dan San Francisco.
Salji basah musim bunga melanda Denver, yang mana di situ beberapa ratus aktivis bergaya untuk bergambar dalam bentuk termometer besar dan dua belas orang mengayuh basikal pegun untuk menjana kuasa kepada alat pembesar suara.
Di Chicago, beribu-ribu orang yang basah kuyup akibat hujan bergerak menuju plaza persekutuan bandar itu ke Trump Tower.

“Kami di sini kerana tidak ada planet B,” Rev Mariama White-Hammond dari Bethel AME Church memberitahu satu perhimpunan di Boston.
Demonstrasi diadakan seminggu selepas para penyokong sains berhimpun di 600 buah bandar seluruh dunia, dicemaskan oleh penolakan politik dan awam ke atas penyelidikan topik-topik termasuklah perubahan iklim dan keselamatan vaksin.
Para peserta semalam berkata mereka membantah pengunduran pengetatan oleh Trump, antara lainnya ke atas perlombongan, penggerudian minyak dan pengeluaran gas rumah hijau di loji kuasa arang batu.
Trump telah menyifatkan perubahan iklim satu tipu helah, dengan mempertikaikan kesepakatan para ahli sains bahawa dunia menjadi hangat dan pengeluaran karbon buatan manusia adalah yang terutamanya puncanya. – AP